AKTIVITI MEMBUAT KAD RAYA BERSAMA PELAJAR SEKOLAH RENDAH SEMPENA AIDILFITRI 1442H 

Tarikh       : 24 April 2021

Masa         :  10.00 pagi

Tempat     : PIK Felda Chini Timur 2

Tujuan      :

Mencungkil kreativiti pelajar sekolah rendah dalam pembuatan kad raya mengikut idea dan kreativiti masing-masing. Disamping dapat memberi idea-idea baru dan segar dapatan dari carian menggunakan internet yang disediakan di PIK.

 

AKTIVITI EDARAN BUBUR 'ALA MCD' INFAQ RAMADAN 1442H/2021

Tarikh       : 24 April 2021

Masa         :  5.00 petang

Tempat     : Klinik Desa Felda Chini Timur 2

Tujuan      :

Aktiviti edaran bubur 'Ala MCD' dijayakan dengan usahasama Majlis Belia Felda Chini Timur 2 (MBFM) dan Klinik Desa Felda Chini Timur 2(KD) bagi komuniti penduduk sekitar Felda Chini Timur. Bertempat dihadapan KD Felda Chini Timur, sebanyak 300 bekas bubur telah diedarkan bagi penduduk untuk juadah berbuka puasa. 

Aktiviti begini dapat mengeratkan silaturahim antara persatuan serta penduduk setempat dimusim pandemik apabila bersua muka walaupun sebentar.

 

AKTIVITI MEWARNA SEMPENA RAMADAN 1442H

Tarikh       : 25 April 2021

Masa         : 10.00 pagi

Tempat     : PIK Felda Chini Timur 2

Tujuan      : 

Melatih fokus pada kanak-kanak dalam aktivti mewarna secara tak langsung dapat menonjolkan kreativiti pelajar-pelajar dalam pemilihan warna bagi gambar yang telah disediakan. Pelajar juga dapat menigisi masa lapang pada bulan Ramadan terutamanya pada hujung minggu. Tambahan dengan hadiah yang disediakan oleh PIK dapat meningkatkan semangat daya saing dalam kalangan pelajar.

 

PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 2021 

Tarikh       : 25 April 2021

Masa         : 3.30 petang

Tempat     : PIK Felda Chini Timur 2

Tujuan      : 

Penyampaian hadiah kepada peserta yang menyertai Pertandingan Video Kreatif 2021 yang bermula dari bulan Mac lagi. Peserta perlu menyunting video berdurasi 1 hingga 5 minit yang bertemakan dokumentari, sketsa, lakonan atau demo dan menyatakan PIK sebagai medium mendapatkan sumber serta tempat mendapatkan ilmu menyunting video. Petugas PIK memuatnaik video yang layak ke dalam Page Facebook PIK dan video yang mendapat "likes" terbanyak serta memenuhi kriteria yang diperlukan akan menerima hadiah berupa wang tunai dan sedikit cenderahati. 

Pertandingan ini dapat mencungkil bakat peserta dalam membuat suntingan video serta isi kandungan (content) video yang bagus selain dapat menimbulkan rasa ingin tahu dalam menghasilkan video yang berkualiti dan tersusun. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan harapan PIK agar pertandingan video kreatif masa akan datang dapat mencungkil ramai bakat-bakat baru dalam penghasilan video untuk kegunaan yang bermanfaat.