TASIK CHINI

Tasik Chini merupakan tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 12565 ekar selepas Tasik Bera. Tasik Chini merupakan tasik semulajadi yang terletak di Pahang. Tasik Chini menawarkan persekitaran yang tenang dan damai di sebalik misteri dan lagenda zaman berzaman yang tiada jawapan hingga kini. Kononnya pada zaman dahulu , Tasik Chini adalah tapak sebuah Kota besar Khmer yang kini telah tenggelam dan dijaga oleh makhluk misteri.

Khabarnya juga, makhluk misteri ini pernah ditemui oleh penduduk tempatan, tetapi walau bagaimanapun kewujudan makhluk tersebut belum dapat disahkan secara saintifik. Masyarakat tempatan percaya bahawa tasik ini didiami oleh seekor Naga yang besar. Kebanyakkan cerita tersebut adalah mitos masyarakat zaman dahulu.

Lokasi Tasik Chini agak jauh kedalam, ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sana dari Felda Chini Timur. Tasik Chini boleh dikatakan sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong kerana terdapat beberapa pelancong asing dari Eropah dan China yang mengunjungi Tasik Chini ini. Tasik Chini juga menyediakan chalet untuk disewa oleh para pengunjung.

Tasik Chini juga terkenal dengan musim bunga lotus (teratai) dari bulan Jun hingga September tiap tahun.

Pelbagai aktiviti menarik yang dapat dilakukan di sini seperti berkayak, Jungle Trekking, Flying Fox dan lain-lain lagi. Kita juga boleh menaiki bot dan mengelilingi pulau-pulau yang berada disekitar Tasik Chini.