Kawasan Gugusan Felda Chini Timur telah menubuhkan beberapa jawatankuasa keselamatan. Penubuhan tersebut bertujuan menjaga keselamatan di Felda Chini Timur ini. Antara pasukan keselamatan yang ditubuhkan adalah RELA. Pasukan RELA telah ditubuhkan pada tahun 1986 di mana seawal tertubuhnya Felda di Chini. RELA telah dianggotai oleh penduduk Chini Timur pada ketika itu dan sekarang. Kebiasaanya anggota RELA adalah dari kalangan Askar yang sukar bersara

Pasukan RELA akan bertugas pada setiap malam dari Isnin hingga Ahad. bermula jam 10.00 malam hingga 4.00pagi demi menjaga keselamatan di kawasan Felda Chini Timur. Seramai 5 orang RELA akan bertugas pada hari tersebut di setiap kawasan. Balai Polis yang berdekatan dengan kawasan Felda Chini Timur adalah Balai Polis Chini. Anggota Polis juga akan membuat rondaan di kawasan Felda Chini Timur untuk memastikan keadaan di Kawasan Felda Chini Timur dalam keadaan baik. 

 

- Balai Polis Chini 

26690 Pekan 

Pahang Darul Makmur

09-4566222