Tanah Rancangan Felda Chini Timur 2 mula dibuka pada tahun 1978. Pada September 1985 Tanah Rancangan Felda Timur 2 telah mula menerima peserta rancangan. Pada awal kemasukkan peserta dipanggil sebagai Peserta Sistem Saham. Kemasukkan pada awalnya adalah seramai 378 orang. Cara kerja pada masa itu seakan sama seperti sistem estet contohnya Sistem Roll Call dan pendapatan berpandukan pada kerja harian. Sistem ini dijalankan selama 3 tahun. Kemudian pada tahun 1989 sistem ini digantikan dengan sistem Blok Felda. Sistem ini digunakan sehingga hari ini.