Nama : Azni Suhaina binti Abu Samah
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2020
Latar Belakang
Puan Azni Suhaina binti Abu Samah berusia 42 tahun. Beliau seorang Pembantu Am di Sekolah Menengah Kebangsaan Chini Timur.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas dan program yang diadakan di pusat internet, Puan Azni hanya membuat jualan dalam kawasan setempat sahaja. Hebahan hanya tersebar di kawasan setempat dan komuniti di kawasan Felda Chini sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Dengan menyertai kelas dan bengkel yang diadakan , Puan Azni dapat memperluaskan lagi hebahan dan iklan tentang produk beliau. Puan Azni memberanikan diri untuk mengiklankan produk beliau di dalam platform Shopee.Produk yang di pasarkan di dalam Shopee mendapat sambutan dari orang ramai. Beliau dapat memasarkan produk ke seluruh Malaysia. Ini dapat membantu beliau menambahkan pendapatan keluarga.
Nama : Nurul Nabila Binti Che Long
Umur : 20 tahun
Ahli : 2020
Latar Belakang :
Nurul Nabila binti Che Long berusia 20 tahun. Adik Nabila tinggal di No 221 Felda Chini Timur 2. Adik Nabila merupakan seorang pelajar di Universiti Tempatan. Adik Nabila baru mendaftar untuk menyambung pelajarannya
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Selepas habis menduduki peperiksaan STPM, adik Nabila hanya berada di rumah tanpa membuat apa-apa pekerjaan. Masanya hanya dihabisakan dengan melayari media sosial dan menonton televisyen.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Dengan ajakkan dari rakan sebaya, adik Nabila bersama rakannya datang ke Pusat Internet Felda Chini Timur 2 dan mendaftar menjadi ahli pusat internet. Selepas menjadi ahli pusat internet adik Nabila menyertai kelas dan latihan yang diadakan di sini. Adik Nabila dapat mengisi masa yang ada dengan belajar disini. Banyak yang dapat di pelajari dengan belajar tentang komputer , ICT dan Internet.
Nama : Siti Nor Zaharah binti Mohd Sabri
Umur : 36 Tahun
Ahli : 2020
Latar Belakang
Puan Siti Nor Zaharah Binti Mohd Sabri merupakan seorang usahawan kecil yang berusia 36 tahun.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas dan program yang diadakan di pusat internet, Puan Zaharah hanya memasarkan produk beliau di kedai makan yang diusahakan oleh Puan Zaharah dan suami sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Dengan menyertai kelas dan bengkel yang diadakan , Puan Zaharah dapat memasarkan produk beliau keluar. Banyak permintaan dari pihak luar. Produk Puan Zaharah juga telah di pasarkan di platform perniagaan atas talian iaitu Shoppe.
Nama : Maizatul Nashihien
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2015
Latar Belakang
Maizatul Nashihien berusia 14 tahun kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chini Timur. Adik Maizatul telah menjadi ahli Pusaat Internet Felda Chini Timur 2 dari umur 9 tahun.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum adik Maizatul menyertai kelas dan program yang diadakan, adik Maizatul hanya datang bersama kawan-kawan untuk menggunakan komputer untuk menggunakan youtube. Adik Maizatul hanya melihat kawan-kawannya menggunkan komputer sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Selepas berkali-kali mengunjungi pusat internet bersama kawan-kawan, adik Maizatul berminat untuk belajar menggunakan komputer. Adik Maizatul mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Felda Chini Timur 2. Selepas itu, adik Maizatul telah menghadiri kelas dan program yang diadakan di sini.