Nama Program : Program Bersama Belia dan Taklimat Ringkas Dashboard Komuniti

Tarikh               : 11 Ogos 2017

Masa                : 8.30 malam - 11.00 malam

Tujuan              :

Penerangan secara ringkas berkenaan Dashboard Komuniti seperti MySoal dan MyKomuniti. Pendedahan diberikan kepada belia dan ketua peneroka untuk mereka menggunakannya dan sebagai aplikasi yang lebih mudah untuk membuat aduan kepada sesetengah pihak.

 

 

 

Nama Program : Program Kemerdekaan

Tarikh               : 19 Ogos 2017

Masa                : 3.00 petang - 5.00 petang

Tujuan              :

Memupuk semangat Cintakan Tanah Air dalam kalangan kanak-kanak. Aktiviti yang diadakan adalah Kibarkan Jalur Gemilang dan pertandingan mewarna. Ini lebih lagi untuk memupuk semangat cintakan tanah air dan menghargai perjuangan perwira-perwira kita untuk mendapatkan kemerdekaan

 

 

Nama Program : Latihan Mingguan

Tarikh               : 12, 13, 19, 23 dan 28 Ogos 2017

Tujuan              :

Membuat Kelas keusahawanan , E-pembelajaran, Asas komputer dan Klik Dengan Bijak (KDB). Kelas Latihan Mingguan dihadiri dalam kalangan belia, wanita, kanak-kanak, warga emas dan juga kaum orang asli. Kelas-kelas ini bagi memberi pendedahan kepada para pengguna berkaitan dengan ICT.